25 August 2016

TRIP ROYAL BELUM, PERAK


May peace be upon you,

Pheww tarik nafas sikit nak ingat semua moment-moment trip Royal Belum kali ini.



Trip selama 3 hari 2 malam. (6/8-8/8/2016) Sebenarnya tak tahu sangat pasal trip ni. Kira ikut je trip orang. Kos adalah sebanyak RM 250/pax termasuk 2 speed boat, 2 rakit buluh dan makan (masak sendiri tolong menolong antara ahli group) kira kos ni okey la sebab untuk sewa houseboat pun dalam 3 hingga 4 ribu. Contact: Mr. Wan 014-6111014

Perjalanan nak ke jetty pun boleh tahan jauh jugak. Disebabkan tidur sepanjang perjalanan maka tak tahu la jalannya ikut mana dan mana haha! Sedar-sedar je dah sampai jetty.


HARI PERTAMA

Bertolak naik houseboat dalam pukul 9 pagi. Maka bermula la trip Royal Belum kita! Here we go!
Oleh kerana enjin houseboat tak la selaju speed boat maka trip ni sesantai yang mungkin la. Layan view dari atas houseboat. Aktiviti pertama adalah mengemas serta memasak untuk makan tengah hari.

Lepas habis makan, houseboat singgah satu tempat untuk ke Sungai Kooi. Sungai Kooi ni nak tengok Bunga Pakma. Nak ke Sungai Kooi ni kena hiking sikit. Ala sikit je. hehe

Kena naik speed boat nak ke Sungai Kooi



 




Antara trek nak ke Sungai Kooi.



 
Kat sini pun ada air terjun cantik
 
 
Habis aktiviti di Sungai Kooi. Lepas makan kami ke kampung Orang Asli pulak.

 
 

















Balik ke houseboat dan aktiviti bebas. Aktiviti bebas kat sini bermaksud makan, mandi, terjun, tidur, makan, mandi, terjun. Haha!


HARI KEDUA

Hari kedua dimulakan dengan bermandi manda di dalam tasik. Aktiviti main air pagi ni. Lepas mandi manda, kita teruskan dengan aktiviti seterusnya. Bersiap pergi ke Sungai Papan untuk tengok sira binatang. Sira binatang ni macam tempat takungan air untuk binatang rawat diri dia la. macam ada ubat garam mineral kat air tu ala lebih kurang macam tu la.


Nak tengok sira binatang ni kena la jalan sikit. Kena lintas jambatan gantung dulu. Lepas tu trekking sikit


Dah habis tengok sira binatang, kita pulang ke boat. Sira binatang tu macam tak menarik pun sebab tu terlupa nak ambil gambar :p
Apa yang bestnya dekat Sungai Papan ni, dia ada banyakkkkk gila binatang ni yang aku tak tahu nama pun. Hehe!




Masa untuk kutip lebih banyak lagiii. Seronok sangat kutip sampai tak sedar dah banyak sangatt. Hehe






Lepas dah puas kutip, kita bersihkan untuk buat makan!


 


Dah siap masak kita makan, lepas tu kita tidur, lepas tu kita mandi. Haha! itu je lah aktiviti untuk 3 hari ni.

Aktiviti malam ada BBQ, layan movie dan karaoke. Tak ada dalam simpanan pula gambar untuk aktiviti malam.


HARI KETIGA

Pagi dimulakan dengan terjunan tasik oleh kawan-kawan. Lepas makan semua, kita bergerak menuju ke waterfall. Santuri ikan kelah. Seperti biasa kena berjalan sikit.



Kena naik speed boat nak ke darat la senang cerita. Hehe








Lepas tu gambar ikan kelah tak ambik. Haha

Lepas puas bermandi manda bersama ikan-ikan, kita pulang ke houseboat. Makan dan mandi lagi. Petang tu jalan lagi nak tengok bunga rafflesia. Malangnya tak jumpa pun yang kembang, semua dah musnah. Bunga ni mana boleh sentuh!

Aktiviti last adalah mandi dan mandi lagi.




Sedikit gambaran houseboat kami. Overall okey lah houseboat yang kami sewa ni.

Masak Nasi







Dapur

Dapur

Balcony :p

Bilik (sebenarnya kemas sebab ambik gambar dah nak balik)

Bilik lagi










Oleh kerana banyak sangat gambar, habislah aktiviti kita di Royal Belum. Mari lah kita bertemu dengan dunia reality. Selamat bercuti!
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...