-----

-----

08 April 2016

Backpacker seharian di Banda Aceh dan Pantai Lamreh

May peace be upon you,

Entry kali ini rentetan cerita dari entry Backpacker ke Sabang, Pulau weh Part I dan Part II
(yang dah berkurun abad tak tahu ingat lagi ke tak)

DAY III


Pheww, lamanya simpan buat pekasam entry ni. Sampai dah boleh lupa lah aktiviti hari ke tiga di Banda Aceh.

Bermula awal pagi, kami packing barang untuk pulang ke Banda Aceh dari Sabang. Breakfast dekat Freddie dan ada supir akan hantar ke pelabuhan


Antara hidangan breakfast


 
Inilah Freddie!
Sesampai dipelabuhan, kami terus naik ferry menuju ke Banda Aceh. Makanya habislah journey Pulau Sabang.


sampai pelabuhan kami contact supir yang hantar kami ke pelabuhan dari airport masa hari first sampai ke Banda Aceh. kami request nak ke Lamreh. kat sini jarang pelancong datang sebab jauh dengan tempat tarikan yang lain bak kata supir kami, Pak Nardi.


Jauh jugak perjalanan dari jetty ke Lamreh. Kami sampai dekat Lamreh ni hari Isnin, adalah hari weekdays maka tak ada org jaga tempat ni. pagar pun kunci maka kami pun berasa sangat sedih sekali! padan muka kami jauh-jauh tak dapat masuk tempat cantik!

Puncak tebing ni antara tempat yang cantik kalau nak bergambar. Tengok depan mata pun dah cantik SubhanaAllahhh. Kagum!




 



Tak dapat masuk pun takpe. Kami bergambar di luar sahaja. sob sob. Pengajaran kalau nak pergi cari hari weekend okey kawan-kawan. Hehehe nanti menyesal macam kami ni.

Lepas tak dapat masuk Puncak Tebing Lamreh, kami jalan-jalan dekat Pantai Lamreh pulak. Pantai dia cantik, cuma banyak sampah la :(





 







Padan muka banyak gambar di pantai Lamreh yang cantik ittew!

Sejurus selepas itu, kami pun sambung perjalanan ke Banda Aceh yang kaya dengan pengajaran.
Antara tempat menarik di Banda Aceh boleh tengok SINI

MASJID RAYA BAITURRAHMAN






Lepas tu kami ada pergi tengok jugak kubah masjid yang dah pindah ke tempat lain tu. Alamak tak ingat nama. Tapi kubah tu memang besarrr. Besar lagi kuasa Allah bawak kubah tu ke tempat lain.



Sumber google sebab gambar tiada dalam simpanan.


MUZIUM TSUNAMI ACEH

Alamak! Gambar tiada dalam simpanan!

KAPAL APUNG




Alamak! Tak banyak gambar dalam simpanan!

Lepas penat seharian berjalan, kami pun mencari tempat untuk bermalam. Kami stay dekat rumah PMI sebab dia murah (scary gila tempat ni) Jangan stay sini tau. Muahah

Dan pagi pun menjelma, tiba lah masa untuk pulang. Syukur sebab flight pagi. Yeay nak balik Malaysia dah.

Sememangnya orang di Banda Aceh baik-baik belaka. Semestinya akan sampai lagi di tempat yang cantik dan penuh pengajaran dan keinsafan ini.

Hehe disebabkan percutian ini dah lama maka terlupa sudah aktiviti. Maafkan saya ya ibuk ibuk bapak bapak. Selamat bercutiiiiiiiiiiiii


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...