-----

-----

14 December 2015

10 tagged soalan daripada blogger Shikin Razali

May peace be upon you,

Apa khabar warga Selangor? Hehe tahniahlah dah Berjaya mencapai misi 33.

Sebenarnya saya agak kekok untuk menjawab sebarang tag ataupun giveaway. Kekok tu boleh dikategorikan sebagai tak reti hehehe (taknak mengaku :p)

Disebabkan dah 2 kali sis Shikin Razali tag saya, Okey here we go,

1) Kenalkan diri awak
2) Apakah kenangan yang masih belum luput dari ingatan awak?
3) Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
4) Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
5) Pendapat awak tentang jurnal saya?
6) Warna kegemaran awak
7) Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
8) Siapakah idola awak dalam kehidupan?
9) Siapakah blogger yang paling awak suka dan kenapa?
10) Tempat percutian idaman awak?


Bagi menjawab semua soalan tu mungkin ambil masa lama untuk saya fikir hehe


1) Kenalkan diri? Selesa dengan panggilan honey sebagai nama pena gitewww. Sudah bekerja di Putrajaya. Ini adalah blog yang ke 5 dari tahun 2008 haha. Angan-angan mestilah nak travel seluruh dunia. (Sebenarnya saya tak reti nak introduce diri sendiri T_T)

2) Kenangan? Alahai banyaknya kenangan. Kenangan pahit ke kenangan manis ni ehhe
Kalau nak kata kenangan manis tu memang banyak dan kenangan pahit pun lagi la banyak. Sampai saya pun tak tahu yang mana satu kenangan yang nak kena ingat.

Tapi nak cerita jugak lah. Saya ni boleh kata gemar la hiking stay hutan jalan-jalan gitu. Dalam pada camping tidur hutan tu, dah 2 kali saya diganggu makhluk halussss. Hehe saje menyakat diaorang tu. Kenangan tu memang susah lah nak lupa since jadi pengajaran untuk semua yang alam ni bukan kita punya seorang dan berkongsi dengan mahkluk lain juga. Walau kemana pun, batas adab kelakuan kena jaga. Ingat tu ehhe

3) Pencapaian terbaik setakat ni hmm macam belum terbaik je dapat capai. 5A UPSR? haha

4) Mesti la kucing. Sebabnya kucing kan comel dan mengada-ngada. Sedap digomol

5) Tentang jurnal sis Shikin, saya memang puji la sebab rajin sangatttt update blog tak macam saya ni memang pemalas hehe. Bukan apa, masa free takde haha ok tipu je malas je lebih

6) Warna kegemaran ni macam banyak je kejap tukar-tukar. Ada ke orang macam tu? Tapi buat masa sekarang warna purple la kot. Ala-ala pastel gitu hehe makin dewasa kot

7) Genre buku? Alahaiii dah jarang sangat baca buku lately. Masa kerja membataskan :(
Tapi saya suka baca buku tempat-tempat travel. Lonely planet misalnya

8) Idola dalam kehidupan ni mestilah wanita syurga idaman kalbu. Siti Khadijah R.A etc
Kalau idola dalam dunia travel semestinya Siti Noridah ET =D

9) Semua blogger saya suka. Boleh macam tu?

10) Tempat percutian ni memang banyak. Tahiti. Samoa. Turkey. Tapi yang paling nak pergi India. Hehe doakan saya ye ;)

11) Alahai rasa macam tak best langsung jawapan soalan ni HAHA sorry la idea tengah tak ada

12) Sebenarnya saya kena bekerja hari ni. Walaupun rumah di Selangor tapi bekerja di Putrajaya adalah suatu perasaan yang mencabar emosi.

13) Excuse my ayat tunggang langgang.


Kalau ada sumur diladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berkenalan lagi?

Hehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...