-----

-----

05 November 2015

Backpacker ke Pulau sabang, (Pulau Weh) Banda Aceh Part II

May peace be upon you,

DAY II
(RUBIAH ISLAND)

Day 1 Part I



Hari kedua dimulakan dengan bangun diawal pagi dan bersarapan di Freddie. Kami disambut dengan hujan rahmat pagi itu. Amboi skemanya ayat!

Cuaca pagi tu macam tak mengizinkan kami untuk ke Iboih lantas ke Pulau Rubiah. Hujan kira-kira setengah jam la jugak. Time tu dah decide untuk datang next time kalau hujan tak berhenti. Tapi Alhamdulillah tak lama lepas tu hujan pun berhenti.


Around jam 7 pagi

Cuaca semakin gelap nak hujann

Angin bertiup kuat lalu hujan pun turun
Dari Sumur Tiga kami naik van menuju ke Iboih guna transport Freddie. Cost Rp300.000
Sampai la dekat Iboih setelah mengharungi hampir 40 minit perjalanan dari Sumur Tiga. Nak masuk sini kena bayar Rp10.000 per kenderaan.


Sampai sini masa untuk mencari pakej snorkeling yang terbaik (Y) Kami dapat pakej 650.000 per 4 orang semua termasuk alatan snorkeling, dan guide untuk snorkeling. Kami guna bot besar instead of bot laju yang kecik sebab tu mahal sikit. Tak ingat harga bot kecik berapa :/



Bot besar untuk kami berempat



 
Dari jetty nak ke pulau rubiah tu dia akan bawak kita pusing satu pulau dulu. Sepanjang naik bot tu akan lihat pemandangan yang cukup subhanaAllah asyikkkkk. Cantik sangat MasyaAllahhh. :')
 
Kalau ada rezeki boleh nampak dolphin. Dasar laut yang cantik, terumbu karang yang tak tercemar sikit pun dan bersaiz gergasiii
 
 
Okay jom kita snorkeling pulak.
 
 
Bagi yang tak biasa atau first time nak snorkeling kena la belajar dulu macam mana nak bernafas menggunakan mulut. Okey bila dah mahir jom kita mengembara didasar laut!
 
 
 
 
 








Banyaknya gambar cecantik! Okay boleh pergi lagi kat sini memang puas hati. Guide pun bagus. Setelah 5 jam snorkeling maka masa untuk mencari daratan untuk makan.


Dekat Rubiah Island ni memang ada kedai-kedai makan yang best best. Pepandai la pilih kedai sebab kami makan kat sini pun sebab guide tu yang bawak

Minuman wajib kalau datang ke Indonesia Rp 15.000

Nasi ayam penyet Rp 25.000 Satay sotong Rp 20.000

Dah puas bermain air maka kami kembali ke Iboih untuk pulang ke Sumur Tiga. Sampai dekat Freddie kitorg decide nak ambil buffet for dinner. Dekat Freddie ni memang dia sendiri yang masak untuk guest and explain apa yang dia masak tu. Freddie ni peramah dan baik hati gituu

Staff dia akan serve korang dari pembuka selera sampai la ke pencuci mulut. Bagus kan macam stay hotel 5 bintang. Satu je antara semua makanan yang sempat snap gambar :'D


Ni dessert yang Freddie buat tak ingat nama tapi sedap
Malam ke dua dan terakhir stay Freddie. Masa untuk membayar bilik.

Buffet Breakfast Freddie - Rp 37.500
Buffet Diner Freddie - Rp 65.000

Bilik 2 Night - Rp 770.000

Okay expenses yang lain tak ingat later akan update balik :/



Part III
Akan bersambung hari ke tiga dekat entri | Backpacker seharian di Banda Aceh dan Pantai Lamreh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...