-----

-----

03 November 2015

Backpacker ke Pulau sabang, (Pulau Weh) Banda Aceh Part I

 
May peace be upon you,

Day 1


[source internet]

Pulau Sabang ni memang antara tempat yang nak sangat pergi sebab cantik. Memang banyak tempat cantik dekat Indonesia ni tapi mungkin Sabang antara yang kena pergi dulu :D

Berlepas dari KLIA2 dengan Jerebu yang teruk


Dah nak sampai jerebu sikit la

Okay, bermula perjalanan dari KLIA2 (745am) ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda (825am). Kitorang ambil flight pagi so boleh sampai sana pun pagi. Dalam 40 ke 45 minit di udara sampai la ke Banda Aceh. Negara Islam yang pernah dilanda ujian hebat, Tsunami pada tanggal 26 Disember 2004. Kejap je rasanya dah lebih sedekad peristiwa tu terjadi dan membuatkan Banda Aceh terkenal di mata dunia. gituu dengan pembangunan yang pesat sekarang.

Turun dari fight terus cari supir nak ke pelabuhan Ulee Lheue. Memang keluar je dari airport tu terus kena serbu offer untuk dibawa kan ke mana sahaja. Mungkin jodoh dengan Pak Nardi kami ambil khidmat beliau untuk ke Pelabuhan. Harga yang ditawarkan Rp140.000 sepanjang perjalanan kami minta untuk membeli nombor yela mesti kena ada internet untuk menghubungi ahli keluarga setelah sampai ditempat org kan.

Sampai kedai untuk beli sim kad. Harga Rp62.000 dapat 2GB internet. Kira murah dah tu. Sampai dekat Pelabuhan takde duit kecik Pak Nardi ambik Rp130.000

Berkejaran beli tiket ferry. Tiket Ferry Rp85.000 untuk ferry laju. Kat sini ada 2 jenis ferry. Jenis cepat dan lambat. Kalau berkejaran masa mcm kami ni better ambil yang cepat 45 minit sampai ke Pelabuhan Balohan. Kalau ferry lambat dekat 2 jam. Jadual ferry boleh rujuk SINI

 




Sampai di Pelabuhan, memang ramai yang akan offer untuk jalan-jalan sekitar pulau sabang ni. Tapi tengok rezeki jugak kalau dapat supir yang murah. Kami dapat Rp500.00 / van / hari untuk pusing Sabang. Perjalanan bermula dari Pelabuhan naik ke Tanjaan Giti. Nak naik ke sini memang kena ada mental yang kuat kalau mahu sewa sepeda motor sebab memang curam nak naik tempat tinggi ni kan.

 
 



Fuhhh! Memang cantik kalau naik atas sini. boleh Nampak keindahan Pulau Sabang, boleh Nampak jetty tempat turun tadi. Time pergi memang tengah jerebu so nasib la badannn.

Dari Tanjaan Giti kita ke Bangker Jepang pulak.


Perjalanan ke Bangker Jepang

Bangker Jepang ni tugu masa zaman perang kira ni Jepun punya tugu la. Kat sini dikenali juga sebagai Anoi Itam yang bermaksud Pasir Hitam. Kalau tengok pantai dia memang cantikkk


 




 

 
 





Dah puas bergambar kami teruskan perjalanan. Dah rasa berlengas badan. Kami check in bilik dulu. Bilik dah booking awal-awal. Kami stay dekat Freddie Sumur Tiga.



View dari bilik
Check in bilik, mandi solat dan bersiap untuk jalan lagi. Lepas makan kita jalan ke Kilometer Nol. Kilometer Nol ni merupakan titik bermulanya geografi Indonesia (yeke entah lupa pula)

Nak masuk sini kena bayar Rp10.000 per kenderaan





Dah puas berjalan maka malam pun menjelma. Balik ke Freddie untuk dinner. Kat Freddie boleh amik pakej sekali breakfast dan dinner. Selalu diorang akan tanya nak dinner atau breakfast tak.



P/S: Tak sempat nak ambil gambar bilik. Sebab dah penat sangat terus lupa diri haha sempat snap gambar time dah nak balik je




Summary Day 1:

Transport -
Rp 130.000 (airport transfer - Jetty)
Rp 85.000 (ferry)
Rp 500.000 (jalan sekitar sabang)

Sim kad -
Rp 62.000

Makan -
Rp 20.000 (lunch)
Rp xxx.000 (dinner dkt Freddie kira time check out nanti)

Tiket Masuk -
Rp 10.000 (Kilometer Nol)


Akan bersambung hari kedua di Sabang ke Pulau Rubiah dkt entri Backpacker ke Pulau sabang, (Pulau Weh) Banda Aceh Part II


                  

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...