-----

-----

28 July 2015

Trip Selekeh Backpacker Ke Krabi

May peace be upon you,



Nak dijadikan cerita, Azam tahun 2015 nak jadi Backpacker. Ada apa dengan backpacker? Konon style la tu jalan-jalan tempat orang sambil bawak beg besar-besar. Untuk permulaan, trip redah santai ke negara sebelah. Plan dibuat tak sampai 2 minggu sebab tu jadi trip selekeh ke Krabi.

Berpandukan pembacaan blog orang lain ke Krabi, memang semata-mata baca pengalaman orang ke Krabi utk teruskan misi konon-konon nak jadi backpackers.



Dengan menaiki bas (kata nak acah-acah backpacker) untuk masuk ke negara Thailand, sampai border Malaysia bas akan berhenti untuk isi kad kemasukan ke Thailand. Dah siap isi kad putih terus beratur kat imegresen Thai untuk chop passport. Pagar border akan dibuka seawal jam 6pagi waktu Malaysia. Kalau tersampai awal tu tunggu la sampai pukul 6 pagi.

Lepas chop passport naik bas balik untuk sampai ke bandar Hatyai. Bas akan berhenti dekat pekan Hatyai. Sesampai di pekan Hatyai cari tiket bas balik ke KL kalau belum beli lagi. Kalau bernasib baik boleh dapat harga yang murah. Sepanjang jalan ada deretan kedai-kedai. Boleh la beli simpack yang menawarkan package yang superb. Contoh macam Happy, Ais dan banyak lagi. Kena pandai-pandai la pilih.

Okay settle bab persiapan pengembaraan kita pun bermula. Yeah! First step kita kena buat adalah mencari transport dari Hatyai ke Aonang. Cari punya cari dapat la naik van return dari Hatyai ke Aonang. 800baht untuk trip return. Sebenarnya 800baht tu dah dikira mahal. Kalau bernasib baik boleh dapat lagi murah. Perjalanan dari Hatyai ke Aonang boleh tahan jauh jugak la berejam dalam van tu.

Dah sampai bandar Aonang. Misi pertama ialah mencari tempat penginapan. Dah nama pun trip selekeh, maka cari hostel yang selekeh jugak la. Haha.








Misi mencari hostel yang murah. Kena rajin la survey dari satu pelusuk ke pelusuk yang lain.





Bila dah dapat hostel yang diingini, maka masa untuk jalan-jalan sekitar pantai.



















Habis aktiviti hari pertama.
Jalan sekitar Aonang memang meriah waktu malam. Kalau rasa nak tengok gelagat orang boleh duduk bertapa dekat tepi pantai tu. Macam-macam ragam boleh tengok.
Kalau plan nak ke pulau-pulau yang ada kat Thailand ni boleh survey pakej yang ada. Kena pandai tawar-menawar untuk dapat harga yang murah. Pulau-pulau dekat Thai ni memang cantik-cantik.

Hari kedua,

Tak sempat nak ke pulau, maka ambil keputusan sewa motorsikal. Nak sewa motosikal kena bagi cagaran passport. Lepas dah sewa tu apa lagi, jom jalan-jalan!













Makanan dekat sini pun sedap-sedap. Kena cari betul-betul yang halal. Keseluruhannya banyak lagi belum diterokai dekat sini. Mungkin akan datang lagi dengan cara yang berlainan pulak.


P/S: Kalau ikut jalan darat kena kuat dari segi mental dan fizikal :p



Total kos kerugian;

Tiket bas pergi                          RM 60.00
Van Hatyai - Aonang                800Baht (Return)
Tiket bas balik                           500Baht
Sewa Motor                               250Baht/day

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...